Thursday, January 28, 2010

:: Apple iPad ::

:: Apple iPad ::
Ramai orang sekarang pakai Netbook sebab sekarang ni Netbook dah jadi satu trend kepada semua lapisan masyarakat x kira muda atau pun tua, profesional atau tidak pro, student mahupun Pustakawan sendiri.. selalunya perubahan teknologi akan diikuti oleh Pustakawan2 kerana kita lebih dekat dengan teknologi berkomputer ini... Tetapi Netbook yang kini menjadi trend telah disaingi oleh teknologi baru yang baru sahaja dikeluarkan oleh Apple iaitu Apple iPad

Bila saya tengok video yang disampaikan oleh CEO Apple, beliau berkata Netbook ada kekurangannya sendiri iaitu seperti SLOW, LOW QUALITY DISPLAYS & PC SOFTWARE.. tetapi saya secara peribadi tidak boleh menilai secara terperinci berkenaan dengan Netbook dan juga Apple iPad ini..

Apa yang saya tertarik dengan salah satu features atau keunikan yang kita bole ambil dari Apple iPad ini adalah iBooks..

The iBooks app is a great new way to read and buy books.* Download the free app from the App Store and buy everything from classics to best sellers from the built-in iBookstore. Once you’ve bought a book, it’s displayed on your Bookshelf. Just tap it to start reading. The high-resolution, LED-backlit screen displays everything in sharp, rich color, so it’s easy to read, even in low light.


Dunia kini di mana2 sahaja, kita digalakkan membaca, x kira la apa bahan sekali pun, Apple iPad ini adalah Mobile Device yang mana gabungan antara iPod, iPhone dan juga Laptop.. Tetapi ia bukanlah Netbook, tapi ia adalah Apple iPad.. dengan kata lain, i boleh dibawa ke mana2 sahaja, oleh itu Apple iPad menyediakan iBooks dengan hanya memuat turun dari APP Store dan boleh dibeli pelbagai jenis bahan bacaan dan seterusnya boleh dibaca di mana2.. kelebihannya dengan menggunakan Apple iPad ini ialah Touch Screen, paparan yang jelas serta yang paling penting adalah mudah untuk dibaca.


Dari pandangan saya sebagai seorang Pustakawan.. saya melihat teknologi terbaru yang dikeluarkan oleh Apple ini memberi galakan kepada pelbagai perspektif.. mungkin positif dan negatif.. tapi saya nak memberi pandangan secara positif.. Apple iPad ini memberi satu keunikan terbaru kepada semua lapisan dalam memberi satu galakan budaya membaca khasnya.. Apple iPad ni dah mcm satu gadget bagi semua lapisan teruatama sekali golongan remaja.. Apa salahnya dengan menggunakan Apple iPad ini, remaja boleh membawanya ke mana2 dan boleh membaca buku dengan menggunakan Apple iPad ini mungkin di dalam LRT, di Stesen Bas, atau pun di dalam Panggung Wayang.. (eh bole ker??).. Kini semuanya kita boleh mendapat maklumat atau info dari internet.. tetapi kerisauan saya adalah buku atau bahan bacaan yang dibaca itu mungkin berunsur negatif dan sekaligus mempengaruhi minda kepada perkara negatif.. Apa yang penting?? terpulang kepada kita sendiri apa tujuan menggunakannya..




Wednesday, January 20, 2010

:: Elak Lebih Baik Sebelum Kena ::

www.amazon.com

Title : Identity Theft: What It Is, How to Prevent It, and What to Do If It Happens to You

Author : Rob Hamadi

http://www.4hd.com.br/blog/images/200701-thief.gif

Sekarang ni macam2 berlaku, ada yang mencuri, meragut, merompak sana sini.. kadang2 ia disebabkan kita yang tidak terlalu peka dengan keadaan sekeliling.. kita mungkin terlalu lalai dan leka dengan aspek keselamatan, itu sbb penjenayah amik kesempatan terhadap kita.
Peringatan dari PDRM


Tips menghalang jenayah seperti yang diberi oleh Polis DiRaja Malaysia .
  1. Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri (Mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan).
  2. Kunci atau sorokkan semua pisau-pisau yang terdapat di dapur sebelum tidur (Kesemua kes kecurian di dapati pisau hilang dan menurut polis mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk melindungi diri mereka).
  3. Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telah menunggu diluar pintu rumah untuk masuk (Kes terbaru berlaku di Dungun dan PJ).
  4. Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) di waktu tengah malam, kejutkan ibubapa untuk bersama mereka.
  5. Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju (Cara lama...).
  6. Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, kalau terjaga tengah malam, cuba "on and off" kan balik untuk menakutkan pencuri (Menandakan kita sentiasa peka).
  7. Tekan butang merah alarm kereta anda jika anda mengesyaki pencuri sudah masuk ke dalam rumah.
  8. Sekiranya terlihat orang asing yang mencurigakan di kawasan rumah anda, sila dapatkan plet no motor/kereta mereka (Selalunya mereka ini naik motor dan mereka ni biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan mereka, mereka akan menundukkan kepala).
  9. Pesan dengan jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah anda dan mengaku saudara anda bertujuan untuk mengambil barang-barang, jangan benarkan, beri nombor telefon pejabat kepada jiran supaya mereka boleh memaklumkan pada anda.
  10. Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikan juga Cordless Phone anda berada di sisi anda ataupun sambungkan satu extension dalam kamar tidur anda. Ini memudahkan anda membuat panggilan kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda.
  11. Adakan senarai nombor telefon kecemasan 999 seperti polis, bomba , 991 atau sebagainya. Pastikan nombor-nombor ini disimpan dalam handphone anda. Kalau boleh, hafal nombor tersebut. Ini memudahkan anda untuk membuat sebarang panggilan telefon.
  12. Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian di rumah atau automatik alarm.
  13. Lampu porch & lampu belakang rumah sebaiknya jenis automatik ,ia akan menyala bila malam, baik semasa kita ada di rumah atau pergi makan angin.
  14. Kalau perlu mengambil cuti panjang,sentiasa memberitahu jiran2 anda supaya mereka dapat membantu menyimpan surat dlm mail box. Peti surat yg penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah.
  15. Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi dari Balai Polis berdekatan supaya ada anggota polis buat rondaan yang kerap di kawasan anda.http://www.stopbumping.co.uk/thief.gif
  16. Kereta PROTON merupakan kenderaan yang paling mudah dicuri. Kalau kereta anda baru dibeli, sekurang-kurangnya anda perlu mengunci gear & stering sebelum tidur (Sebenarnya masih boleh dicuri, tetapi ia dapat membantu melambatkan pencuri).
  17. Kalau ada anak-anak perempuan, sebaik-baiknya pintu biliknya dikunci dari dalam (Sebab ada pencuri yg mengambil kesempatan seksual) dan anda perlu ada kunci pendua sekiranya berlaku kebakaran.
  18. Sekurang-kurangnya simpan kayu hoki atau baseball di bawah katil anda buat mempertahankan diri dari pencuri yang ganas.
  19. Jangan letak kunci bawah pasu bunga/mail box/alang pintu/tepi tingkap bila keluar (Pencuri dah lama tau taktik ni....). Lebih selamat beri pada jiran yang kita kenal rapat.
  20. Kalau menyewa di rumah baru, pastikan anda menukar padlock baru,kerana mungkin penyewa terdahulu masih mempunyai kunci pendua.
  21. Kurangkan pendedahan dan pergaulan anda dengan pekerja asing.

Sumber: Blog : http://hanahidany.blogspot.com/


http://www.eigo-omoshiro.com/img/thief.gif


Tuesday, January 19, 2010

:: Selamat Datang ke Laman Pustakawan Librarian ::

:: http://physicsgeek.mu.nu/archives/ConanTheLibrarian-796202.jpg ::

Selamat datang ke laman Pustakawan Librarian. Blog ini saya sebagai Pustakawan akan berkongsi idea, maklumat, isu dan pendapat saya sebagai seorang Pustakawan. Mungkin apa yang saya lontarkan di sini mungkin berbeza pendapat tetapi ini adalah pandangan saya sendiri. Jika ada pandangan atau pendapat, boleh la kemukakan di blog ini.. saya juga akan berkongsi apa2 info yang berkaitan dengan isu semasa dan lain2..