
Ramai orang sekarang pakai Netbook sebab sekarang ni Netbook dah jadi satu trend kepada semua lapisan masyarakat x kira muda atau pun tua, profesional atau tidak pro, student mahupun Pustakawan sendiri.. selalunya perubahan teknologi akan diikuti oleh Pustakawan2 kerana kita lebih dekat dengan teknologi berkomputer ini... Tetapi Netbook yang kini menjadi trend telah disaingi oleh teknologi baru yang baru sahaja dikeluarkan oleh Apple iaitu Apple iPad
Bila saya tengok video yang disampaikan oleh CEO Apple, beliau berkata Netbook ada kekurangannya sendiri iaitu seperti SLOW, LOW QUALITY DISPLAYS & PC SOFTWARE.. tetapi saya secara peribadi tidak boleh menilai secara terperinci berkenaan dengan Netbook dan juga Apple iPad ini..

Dunia kini di mana2 sahaja, kita digalakkan membaca, x kira la apa bahan sekali pun, Apple iPad ini adalah Mobile Device yang mana gabungan antara iPod, iPhone dan juga Laptop.. Tetapi ia bukanlah Netbook, tapi ia adalah Apple iPad.. dengan kata lain, i boleh dibawa ke mana2 sahaja, oleh itu Apple iPad menyediakan iBooks dengan hanya memuat turun dari APP Store dan boleh dibeli pelbagai jenis bahan bacaan dan seterusnya boleh dibaca di mana2.. kelebihannya dengan menggunakan Apple iPad ini ialah Touch Screen, paparan yang jelas serta yang paling penting adalah mudah untuk dibaca.

Dari pandangan saya sebagai seorang Pustakawan.. saya melihat teknologi terbaru yang dikeluarkan oleh Apple ini memberi galakan kepada pelbagai perspektif.. mungkin positif dan negatif.. tapi saya nak memberi pandangan secara positif.. Apple iPad ini memberi satu keunikan terbaru kepada semua lapisan dalam memberi satu galakan budaya membaca khasnya.. Apple iPad ni dah mcm satu gadget bagi semua lapisan teruatama sekali golongan remaja.. Apa salahnya dengan menggunakan Apple iPad ini, remaja boleh membawanya ke mana2 dan boleh membaca buku dengan menggunakan Apple iPad ini mungkin di dalam LRT, di Stesen Bas, atau pun di dalam Panggung Wayang.. (eh bole ker??).. Kini semuanya kita boleh mendapat maklumat atau info dari internet.. tetapi kerisauan saya adalah buku atau bahan bacaan yang dibaca itu mungkin berunsur negatif dan sekaligus mempengaruhi minda kepada perkara negatif.. Apa yang penting?? terpulang kepada kita sendiri apa tujuan menggunakannya..
No comments:
Post a Comment